Sistem Permohonan Kerja Atas Talian: e-Recruitment |
---|
1. | Sistem Permohonan Dalam Talian ini memerlukan anda mempunyai akaun email. Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun email, anda perlu mendaftarkan alamat email terlebih dahulu. Penggunaan email GMail adalah digalakkan. Sila pastikan anda menggunakan alamat email yang aktif kerana sebarang pengumuman berkaitan dengan permohonan anda akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan. |
||||
2. | Selaras dengan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi, maklumat-maklumat pemohon berdaftar sebelum ini telah dipadamkan setelah pemprosesan selesai. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu mendaftar semula untuk menggunakan sistem ini. |
||||
3. | Selepas anda menyempurnakan proses pendaftaran akaun, sistem akan menghantar email beserta dengan pautan / kod untuk mengaktifan akaun tersebut. Email tersebut adalah janaan secara automatik dan mengambil masa beberapa minit untuk diterima. Walau bagaimana pun, sekiranya terlalu ramai yang sedang mendaftar serentak, sistem mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk tujuan tersebut. Sila semak folder JUNK/SPAM peti mel anda kerana sistem emel anda mungkin tersalah mengklasifikasikan emel tersebut sebagai SPAM. (Untuk GMail: More->Spam). Sila pastikan juga peti mail anda tidak penuh/melebihi kuota. Sekiranya Sekiranya anda tidak menerima kod pengaktifan akaun melalui email, sila klik DISINI untuk memohon semula kod pengaktifan. |
||||
4. | Setelah akaun anda berjaya diaktifkan, sila log masuk ke sistem ini dan lengkapkan semua maklumat. Sila semak iklan kekosongan dan kemukakan permohonan anda. Kegagalan untuk melengkapkan proses seterusnya akan menjadikan permohonan anda tidak lengkap dan akan ditolak. |
||||
5. | Syarat-syarat Am: Peluang Kerjaya di MBKT hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia kelahiran negeri Terengganu sahaja. Warganegara yang memiliki MyKAD dengan kod negeri 11,45 atau 46, sila klik DISINI untuk mendaftar. Warganegara yang mempunyai MyKad yang kod negeri selain daripada 11,45 atau 46; dan memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu, sila klik DISINI untuk mendaftar. Anda perlu memuat naik salinan dokumen Sijil Kerakyatan Negeri (dalam format jpg, bmp atau png) sebagai bukti. Kegagalan memuat naik dokumen tersebut akan menyebabkan akaun/permohonan anda dibatalkan. Anda tidak perlu memuat naik sebarang dokumen untuk pengesahan. Bagi pemegang MyKAD dengan Kod Negeri yang BUKAN 11, 45 atau 46; Anda adalah layak untuk memohon hanya sekiranya: |
||||
i. | Anda memiliki SIJIL KERAKYATAN NEGERI TERENGGANU / SURAT AKUAN MENJADI RAKYAT NEGERI TERENGGANU; atau | ||||
ii. | Bapa anda dilahirkan Di Negeri Terengganu; atau | ||||
iii. | Bapa anda mempunyai SIJIL KERAKYATAN NEGERI TERENGGANU / SURAT AKUAN MENJADI RAKYAT NEGERI TERENGGANU. | ||||
sila klik DISINI untuk pendaftaran. Anda perlu muat naik dokumen yang berkaitan sewaktu mendaftar (SIJIL KERAKYATAN NEGERI TERENGGANU / SURAT AKUAN MENJADI RAKYAT NEGERI TERENGGANU atau MyKAD bapa atau SIJIL KERAKYATAN NEGERI TERENGGANU / SURAT AKUAN MENJADI RAKYAT NEGERI TERENGGANU bapa). Dokumen selain daripada yang disenaraikan ini tidak akan diterima dan permohonan anda akan ditolak. |
|||||
Kegagalan memberikan maklumat yang tepat akan menyebabkan permohonan akan ditolak secara automatik |
|||||
Anda masih boleh mengemaskini maklumat walaupun telah mengemukakan permohonan selagi tempoh memohon belum tamat. Permohonan akan diproses berdasarkan kepada maklumat semasa permohonan ini ditutup. |
|||||
6. | Sekiranya anda sedang dalam perkhidmatan Kerajaan (Tetap/Kontrak), sila cetak permohonan yang telah lengkapkan dan permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan. |
||||
7. | Untuk memapar versi penuh Iklan Kekosongan Jawatan ini, sila klik DI SINI |
8. | Sekiranya anda masih belum mendaftar, sila rujuk kepada perkara bilangan (5) di atas untuk link pendaftaran mengikut kategori yang sepatutnya. |
||